Jumaat, Mac 25, 2011

Last Day.....SSDM oh SSDM+KWAPM...

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni hari terakhir siri gabungan data SSDM...last job kena buat rumusan data...pening kepala la sebab ada 20 skola yang tak hantar lagi atau data salah......nak blasah je ke......

Tugasan hujung minggu sedia menunggu aku....sebab dh 3 ari tak datang skola...ada kelas yang aku tak masuk sejak 3minggu lepas....bulan ni dah 2 kali outstation plus cuti skola plus exam week......ada yang tak blajar le tapi minggu depan kene cover betul2..............dah la ada kelas yang tertinggal jauh....kena speed 180km/j......

Dan arini kesian dengan semua guru data aka guru kwapm aka pngganti je.....kena la buat rumusan on time sebab kena sergah pegawai JPS........sedia terima arahan.....takpa sebab semua ni untuk kemudahan hari kemudian.......buat siap2 lepas tu relax je kan.
TUgasan aku dah hampir selesai.....sedia untuk pulang ke rumah dan merehatkan diri.......tapi ingatan untuk diri sendiri.....buku kene tanda n semak dalam folder fekod semakan ye..............
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Rabu, Mac 23, 2011

Dari PPD ke SMKSAAS dan ke................

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama tak updateblog ni atas sebab 2 yang tak dapat dielakkan....
Lepas cuti je banyak yang perlu dilaksanakan termasuk la...

  • daftar kat UPSI
  • tanda paper bebudak
  • kemaskini fail meja & manual prosedur kerja
  • buat fail rekod semak buku
  • buat fail peribadi untuk simpan bahan mesyuarat AJK PIBG
  • cari plastik untuk isi maklumat dalam fail
  • download modul PPG PJJ UPSI
  • ari2 jenguk web PPG PJJ UPSI..nk tengok perkembangan kalau ada yang terbaru
  • latih budak2 hoki macam selalu....kayu hoki baru dah dapat..tapi kene simpan dulu
  • cari kasut untuk padang turf...dah jumpa & dah beli
Dan minggu ini pun sibuk sebab aku diarahkan untuk keluar sekolah....Hari ini ke seharian PPD dan esok sehari lagi ke SMK SAAS dengan PK HEM SK & SMK seluruh PPD Petaling Perdana....tujuan utama untuk gabung data SSDM PPD Petaling Perdana. Hari ketiga ke mana lagi ye.....dan tugasan arini adalah
  • semak data dalam disket atau cd SSDM
  • gabung semua data
  • menjawab panggilan sebarang kemusykilan pasal data SSDM
  • lain2 yang dipikirkan berkaitan

Sekarang tugas aku semakin mencabar.....sebelum ni kena urus blog SSDM PPD Petaling Perdana sendirian dan sekarang blog tersebut telah dijenamakan semula menjadi Laman HEM Petaling Perdana. Perkembangan yang baik sebab blog ni akan lebih aktif dengan data terbaru dan pautan untuk HEM.Blog yang pada dibina pada 2009 di atas puncak Cameron Highland dengan tujuan asalnya untuk data SSDM telah ditransformasikan menjadi medium penyampai yang baru hasil kerja tangan Halim

Yang paling utama minggu depan bersedia untuk di"observe" sebab minggu ni dah skip....outstation la. Aku perlukan rehat yang cukup untuk esok. jadi kita tidoq dulu na.........

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Rabu, Mac 09, 2011

Yang sebenarnya.....

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
TQVM mama........

Hari ini 9 mac hari paling bahagian dalam sejarah....ada kejutan demi kejutan yang aku terima...yang paling istimewa aku terima jambangan bunga dari isteri tercinta......Yang paling special bila Syakir call suruh ambil barang kat pejabat. Aku tak terpikir barang apa.......tapi seronok wooooooooooo dapat rasa n ulangtahun ke-3 kami....tarikh yang tak akan aku sebab.....

  1. aku dah jadi suami
  2. aku dah ada tanggujawab besar
  3. mak mentua sambut birthday....
  4. 8 mac adalah pilihanraya ke-12
  5. aku sepatutnya jadi petugas pilihanraya tapi off duty
  6. ada gmbar kenangan dekat poster pilihanraya
  7. dengar keputusan sepanjang jalan ke perak
  8. aritu cuti....memang la ari ahad kan
  9. dapat bunga wangi wooooooooooooooo
Dan arini juga aku semak status PPG aku.....dan keputusannya adalah....
aku follow link n print je

yang ni tawaran sementara.....kena tunggu 13 mac  la
Ni baru dua....mungkin ada banyak lagi lepas ni.....aku happy sampai siap isi borang tawaran jadi pengawas UPSR......ntah apa penyakit aku pun tak tahu......semalam aku dah list senarai kerja....aku buat bila rasa tenang........nak tanda paper sains tahun 3B,3H,3J n 4H pun ok je......150 skrip nak kena tanda...ni baru ujian bulanan.....PKSR nanti lagi haru...sains dah confirm 4 kelas......KH 5 kelas n PJPK 3 kelas jadi total 400++ la nak kena tanda.............tapi takpa aku happy.....takda orang gangu.

Aku tak tahu apa akan jadi esok......sebab arini je dah ujan.....matahari pun terharu sebab aku dapt bunga kot hahahaha.....dalam ati ada taman la...dalam taman ada........ada2 jela.....nak kena siapkan sinopsis buku dan plan taktikal+plan strategik+plan operasi.....belasah jerrrr

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Selasa, Mac 08, 2011

Sebelum cuti....

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Banyak yang nak diselesaikan sebelum cuti sekolah ni......macam biasa kerja 1 bulan nak kena siapkan dalam 1 minggu je..........peninggggggggggggggg

Dan dah senaraikan tugasan yang telah...sedang..akan dilakukan antaranya adalah:

  • sediakan list nama kelas terlibat...dah siap
  • buat claim meeting...dah siap
  • buat soalan...dah siap
  • klip soalan...dah siap semalam
  • bawa paper naik bilik guru.....angkut jela
  • semak paper kalau2 ada yang salah......ada ke
  • mark paper...tunggu la
  • sediakan skema.....dah siap
  • handout untuk team hoki...dah
  • copy senarai kesalahan untuk buku rekod kawalan kelas.....dah siap
  • sediakan borang rumusan SSDM....dah siap tapi tak edar lagi
  • study rules hoki...ontheway
  • semak data ponteng dalam email hem ppd.....tengok2 je...takde arahan lagi
  • semak data ssmd dalam email ssdm ppd....sama macam atas....huh
  • cari kesalahan bebudak.....nak penuhkan list dalam data ssdm la
  • penjaga pa system.......dah macam speaker bergerak
  • emailkan salinan diploma untuk rujukan UPSI...dah send pun
  • semak status PJJ PPG KPM....ari2 semak
  • print surat tawaran online......kalau dapat la
  • lapor diri 19 mac...sempat balik kg dulu ye
  • sediakan senarai pelatih team hoki......ari2 kena edit
  • sediakan plan taktikal/plan strategik/plan operasi...ntah apa2 je
  • update fail meja......banyak nak kena isi
  • hal berkaitan PIBG....ada ke
  • apa lagi yang nak kena buat agaknya......................
Huhuhu panjangnye senarai...yela tugas aku sebagai.....
  • guru subjek
  • juruletih hoki
  • penggubal soalan exam
  • SU peperiksaan dalaman
  • guru disiplin merangkak...merangkap pen. penyelaras disiplin
  • guru penasihat kelab persatuan
  • JU SSDM PPD Petaling Perdana
  • KS Hem data ponteng PPD Petaling Perdana
  • AJK PIBG
  • penjaga set pa system
  • Bakal siswa UPSI.....ada gaya ke
menyebabkan aku boleh dianggap "GK" agaknya...tapi makin banyak tugas n tanggungjawab makin banyak la pengalaman aku kan.......semua slot aku masuk dari kurikulum ke hem dan kokurikulum
Esok ada meeting tergempar siap suruh bawa pen merah lagi...macam2 la nak kena sign apa lagi
Mood teman kejap turun kejap naik bila nak buat koje ye........tapi masuk je kelas 3 Jujur...teman rasa tenang yang amat sebab dengan 20orang penghuni rasa selesa......walau tahun ni macam nak patah kaki ronda2 keliling dunia.......
  • dari blok A...3 Bersih+bilik guru+pejabat+bilik wawasan+dewan bestari
  • ke blok B...3 Hormat & 3 Jujur+bilik disiplin
  • ke blok C...4 Amanah & 4 Hormat+stor sukan&pj
  • dan blok D...5 Bersih, 5 Hormat, 5 Ikhlas & 5 Jujur+bilik guru+pentas bestari

Tak kisah la...apa yang penting kerjasama......nawaitu aku sendiri baik untuk semua......selagi tak ada yang kacau aku buat kerja...selagi itu la aku terus berkhidmat macam biasa......dah rasa macam baut karangan budak kelas 5 Jujur tadi hahahahahahaha...ate ade teman kesah....

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Jumaat, Mac 04, 2011

Santai.....dalam tugasan...

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti sebelum ini....minggu yang sibuk dengan segala aktiviti termasuklah...
  • urusan sedia jadual exam
  • buat soalan berulang2(banyak kali reject sebab 1st time buat untuk tahun 3)
  • meeting penyelarasan data HEM@SK Shah Alam seksyen 16
  • Persediaan untuk kem kepimpinan 2011
Terasa kejap je minggu ini berlalu pergi kan......Dan banyak ayng aku telah belajar tentang data HEM. Memang banyak dan merumitkan lebih2 lagi jika data tak lengkap. tension je nak isi dan gabung data. Arini last day uruskan data2 dan sedia untuk tugas yang seterusnya sebab data ponteng adalah data bulanan. Jadi tiap2 bulan kena la buat macam ni semula. Takpe Yang utama PENGALAMAN paling mahal.

Petang ni kena ke sekolah untuk persediaan kem kepimpinan.....nampaknya tido skola la. Dan macam biasa keselamat diutamakan dan tanggungjawab yang diamanahkan sedia dijalankan

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Selasa, Mac 01, 2011

Hari ini dan Semalam

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah masuk minggu ke sembilan tahun 2011 rupanya, dan sesi persekolahan pun sudah selesai 8 minggu. Dan aku dalah keadaan yang kurang sihat menggagahkan diri datang ke skola walau terkadang merasa ketidaklaratan untuk naik turun tangga. Suhu bilik guru  blok d dah macam di kutub utara rasanya dan bila diluar terasa panas membara. Terkadang aku minta izin  budak2 untuk aku duduk masa dalam kelas kerana kepala terlalu sakit+pening macam nak pitam je. Selalunya aku paling tak suka duduk sebab tak selesa.....tak kisah la berdiri 2 atau 3 jam takde masalah cuma arini dan semalam je rasa macam tu.
Dan macam paham2 je aku dah kembali sihat, arini aku dapat surat panggilan meeting penyelarasan data HEM PPD Petang Perdana selama 3ari 3 malam, Rabu - Jumaat 2-4 Mac 2011 di SK Shah Alam Seksyen 16 8 pagi sampai 5 petang.
Arahan rasmi macam biasa la......dan macam selalu mesti ada tugasan baru.......yang penting urusan team olahraga dah selesai. Biar la orang lain yang uruskan. Aku nak rehat nak segarkan semula badan untuk tugasan berikutnya. Tapi budak2 kelas 4 Amanah mesti mengamuk sebab aku dah janji nak PJ esok......waaaaaa miss lagi kan. Maap ye cikgu ada urusan la.....kataku dalam ati hahahhaa.....mereka paham ke. Apa2 jela yang penting jam 8.30 mesti ada terpacak depan bilik mesyuarat.
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,