Ahad, Mei 03, 2009

Alamak Tak Sengaja La!!!

Best Blogger Tips
Mungkin Tak sengaja 1)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Termakan nasi sepinggan pada hari pertama puasa. *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Lepas habis tiga pinggan nasi baru teringatkan puasa. 2)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Terpegang tangan awek orang ketika berjalan di pasar malam. *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Terpeluk pinggang awek tu sampai ke hujung pasar malam. 3)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Tertidur ketika sedang mengawal keselamatan premis selaku security *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Siap bawak bantal dan tikar serta membaringkan badan ketika bekerja. 4)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Tersilap masuk rumah jiran sebelah kerana pintunya sama dan tak berkunci pula tu. *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Tersilap masuk dan kemudian tersilap bawa keluar barang-barang yang berharga. 5)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Terambil dan terpakai duit rakan serumah yang tertinggal di atas meja. *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Duit rakan serumah itu korang terambil di dalam dompetnya sewaktu dia tidur. 6)Korang mungkin tak sengaja jika.. -Terlewat beberapa minit ke tempat kerja kerana jalanraya sesak. *Tapi mustahil tak sengaja jika.. -Terlewat hingga beberapa jam dengan alasan jalan tren komuter jem. Renung-renung lah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan