Ahad, Januari 30, 2011

Pagi Yang Dingin

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....
Hari ahad menjelang lagi...esok sekolah lagi untuk aku saja......mama dan ayiell di rumah sebab mama dah cuti untuk Gong Xi Fa Chai....aku kena tunggu 2 hari lagi....
Gong Xi Fat Choi.....tahun arnab

Dan pagi yang dingin dengan hujan renyai-renyai menyimbah bumi dengan sahut tangisan ayiell sebab tak dapat keluar.....dia macam paham-paham hari cuti kena "berjalan-jalan".....nak pergi  Karnival Karangkraf ke pergi Jusco......fikir-fikirkan.....mama nak permana ni.....cepat-cepat kita undi sama-sama nak tahu destinasinya.....
dekat tapi macam jauh je sebab hujan...

Semalam dah puas berbengkel dan berkejaran dengan ayiell untuk botakkan rambut dia dan aku.....akhirnya...taraaaaaaaaa......selesai dan halussssssssssssssssssssss macam iklan Harith Iskandar (ayiell pun dah paham kalau ada iklan tu mesti dia beraksi depan tv dengan tangan atas kepala).
halusssssssss......

Sambil layan "Senario:beachboy".....aku kemaskini blog ni sambil tunggu masa hujan teduh.
Tapi paling utama, walau nak pergi mana sekalipun aku kena siapkan juga segala urusan kerja yang tertangguh. Senarai makin panjang......

  • tugasan guru untuk kem kepimpinan.....dah selesai.
  • senarai nama untuk perlantikan pengawas...dah ada..tq mekna
  • latihan hoki....dalam proses.
  • latihan olahraga...juga dalam proses.
  • urus bab ICT mesyuarat PIBG......kena tanya Helmi ni.
  • takwim exam...dah siap.
  • jadual penggubal soalan...kena mengejar penyelaras tahu la.
  • buat soalan exam.....dalam kotak fikiran lagi.
  • kemaskini fail SUPDa....perlahan tetapi bergerak.
  • persediaan untuk cuti.....ada kaitan dengan kerja ke??????

Akhirnya setelah undian dikira..mama pilih JUSCO sebab.....

  1. dalam bangunan tak kena hujan.
  2. ada troli, jadi tak perlu bawa stroller atau dukung ayiell lama-lama.
  3. boleh beli barang dengan selesa (yeke)
  4. makan disana (tak nak masak la)
  5. lain-lain hal yang difikirkan.....

Ok lah....sedia untuk ke destinasi pilihan.....jom siap

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Sabtu, Januari 29, 2011

Roadrun 2011

Best Blogger Tips
Assalamuamaikum dan selamat sejahtera....
Semalam bertarikh 28 januari 2011 telah selesai sudah acara wajib dalam takwin sukan.
"Roadrun 2011" berlangsung dengan baik tanpa insiden yang buruk. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana dan ada segelintir murid yang terjatuh ketika pelepasan...menolak antara satu sama lain untuk mendapatkan posisi lebih baik dan akhirnya terjatuh mencererakan muka yang cantik.
Aku macam tahun sebelum ini, menjadi pengawal keselamatan aka "trafik tanpa jawatan" berdiri di tengah-tengan lautan manusia yang sibuk berlari......sebab pada masa yang sama, SMK Seksyen24 juga membuat acara yang sama cume berbeza laluan.....Selesai bab lari...
Keputusan keseluruhan boleh dibanggakan....SEMUA RUMAH DAPAT LIMAU.
1st RUMAH HIJAU
2nd RUMAH BIRU
3rd RUMAH MERAH
4th RUMAH KUNING
5th RUMAH UNGU 
Laluan yang bertembung antara SK dan SMK...

menanti masa

Afiqah sakit pinggang....
Pengumuman Juara keseluruhan yang ala-ala sesi penyingkiran program realiti...tahniah  kepada mc yang berjaya mengendalikan acara dengan baik..

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Isnin, Januari 24, 2011

Itu....Ini....Begitu..Begini

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua......
Telah ditakdirkan "kami" menerima tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk dilaksanakan dengan jujur, ikhlas, cekap, berhemah, berintegriti tapi telah disalahtafsirkan oleh "golongan" yang ada kepentingan.
Macam biasa la orang melayu penih dengan adab dan adat......cadangan lisan mungkin akan berubah bila ada sesuatu yang baik pada masa akan datang. TETAPI merka tidak dapat menerima hakikat bahawa keputusan tidak memihak kepada mereka. Aku pun dah pening kepala sebab nak jaga banyak kepala. Maka tercetus la ayat macam di bawah ni...
"Belum buat KEPUTUSAN...asyik bertanya bila boleh tahu KEPUTUSANnya.....bila KEPUTUSAN dah dibuat...kenapa KEPUTUSAN macam itu pula....(kesimpulannya buat la KEPUTUSAN sendri jangan PERCAYA orang lain)....semuanya bermula dari sebuah KEPUTUSAN...... 
Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Sedih dan kecewa bila ada "tangan-tangan gatal" nak sabotaj keputusan "kami". Alasan mereka.....
kan "kita" dah janji nak bagi pada budak ni....kenapa suka hati ubah cadangan tu
Aku bebicara dalam hati, ermmmmmmmm entah la. Aku cume jalankan tugas je. Bab nak mencampuri urusan orang lain aku tak tahu sebab nanti aku sendiri yang tension huh.
"better I give and I forgive than I get and I forget"
Aku suka ayat kat atas tu. something special la. Lebih baik aku memberi dan aku memaafkan dari aku mempeolehi dan aku melupakannya. Aku memang jenis panas baran tapi alhamdulillah masih boleh dikawal lagi cuma terkadang terlepas juga bila tahap kesabaran mencapai tahap paling minimum. grrrrrrrrrrrr
Kerja perlu diteruskan dan hidup memang dicipta dengan dugaan dan cabaran. Jadi terima saja la apa yang akan berlaku.
Lupakan pasal tadi....rumah aku dah hampir siap cume menanti saat-saat terima kunci daripada pihak pemaju dan lepas tu apa lagi....
PINDAH RUMAH BARU LA........
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa
Dan alamatnya adalah.......
No.43 Jalan Alam Suria 16/5 Seksyen 16 42300 Bandar Puncak Alam Kuala Selangor Selangor Darul Ehsan
hurmmmmmmmm

Nak stop sebab ada latihan  hoki.....
Jazakumullahukhairun Khathira...
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,