Ahad, Januari 30, 2011

Pagi Yang Dingin

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....
Hari ahad menjelang lagi...esok sekolah lagi untuk aku saja......mama dan ayiell di rumah sebab mama dah cuti untuk Gong Xi Fa Chai....aku kena tunggu 2 hari lagi....
Gong Xi Fat Choi.....tahun arnab

Dan pagi yang dingin dengan hujan renyai-renyai menyimbah bumi dengan sahut tangisan ayiell sebab tak dapat keluar.....dia macam paham-paham hari cuti kena "berjalan-jalan".....nak pergi  Karnival Karangkraf ke pergi Jusco......fikir-fikirkan.....mama nak permana ni.....cepat-cepat kita undi sama-sama nak tahu destinasinya.....
dekat tapi macam jauh je sebab hujan...

Semalam dah puas berbengkel dan berkejaran dengan ayiell untuk botakkan rambut dia dan aku.....akhirnya...taraaaaaaaaa......selesai dan halussssssssssssssssssssss macam iklan Harith Iskandar (ayiell pun dah paham kalau ada iklan tu mesti dia beraksi depan tv dengan tangan atas kepala).
halusssssssss......

Sambil layan "Senario:beachboy".....aku kemaskini blog ni sambil tunggu masa hujan teduh.
Tapi paling utama, walau nak pergi mana sekalipun aku kena siapkan juga segala urusan kerja yang tertangguh. Senarai makin panjang......

  • tugasan guru untuk kem kepimpinan.....dah selesai.
  • senarai nama untuk perlantikan pengawas...dah ada..tq mekna
  • latihan hoki....dalam proses.
  • latihan olahraga...juga dalam proses.
  • urus bab ICT mesyuarat PIBG......kena tanya Helmi ni.
  • takwim exam...dah siap.
  • jadual penggubal soalan...kena mengejar penyelaras tahu la.
  • buat soalan exam.....dalam kotak fikiran lagi.
  • kemaskini fail SUPDa....perlahan tetapi bergerak.
  • persediaan untuk cuti.....ada kaitan dengan kerja ke??????

Akhirnya setelah undian dikira..mama pilih JUSCO sebab.....

  1. dalam bangunan tak kena hujan.
  2. ada troli, jadi tak perlu bawa stroller atau dukung ayiell lama-lama.
  3. boleh beli barang dengan selesa (yeke)
  4. makan disana (tak nak masak la)
  5. lain-lain hal yang difikirkan.....

Ok lah....sedia untuk ke destinasi pilihan.....jom siap

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan