Selasa, Mac 01, 2011

Hari ini dan Semalam

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah masuk minggu ke sembilan tahun 2011 rupanya, dan sesi persekolahan pun sudah selesai 8 minggu. Dan aku dalah keadaan yang kurang sihat menggagahkan diri datang ke skola walau terkadang merasa ketidaklaratan untuk naik turun tangga. Suhu bilik guru  blok d dah macam di kutub utara rasanya dan bila diluar terasa panas membara. Terkadang aku minta izin  budak2 untuk aku duduk masa dalam kelas kerana kepala terlalu sakit+pening macam nak pitam je. Selalunya aku paling tak suka duduk sebab tak selesa.....tak kisah la berdiri 2 atau 3 jam takde masalah cuma arini dan semalam je rasa macam tu.
Dan macam paham2 je aku dah kembali sihat, arini aku dapat surat panggilan meeting penyelarasan data HEM PPD Petang Perdana selama 3ari 3 malam, Rabu - Jumaat 2-4 Mac 2011 di SK Shah Alam Seksyen 16 8 pagi sampai 5 petang.
Arahan rasmi macam biasa la......dan macam selalu mesti ada tugasan baru.......yang penting urusan team olahraga dah selesai. Biar la orang lain yang uruskan. Aku nak rehat nak segarkan semula badan untuk tugasan berikutnya. Tapi budak2 kelas 4 Amanah mesti mengamuk sebab aku dah janji nak PJ esok......waaaaaa miss lagi kan. Maap ye cikgu ada urusan la.....kataku dalam ati hahahhaa.....mereka paham ke. Apa2 jela yang penting jam 8.30 mesti ada terpacak depan bilik mesyuarat.
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan