Sabtu, Julai 25, 2009

Bila Terkenang-kenang

Best Blogger Tips
Ini antara gambar yang amat bermakna dan berharga... Kursus Pengakap di Batu Pahat Johor Praktikum di SK Datuk Undang Abdullah Kg Chennah Jelebu Trip to Sarawak (join PIBG SKDUA) Semasa Di Jeti Pulau Tioman..geng DPM Sains & Pend Seni Visual 02-04 Geng Citrawarna Malaysia 2002 di Dataran Merdeka Bakal guru...SNPSV 2002-2004(masa 2 la) Semasa di SMK Tengku Mahkota Muar (1994-1999) Semasa di SK Prit Bakar Darat Muar (1989-1994) Semasa Taski Al Bukhari (1987-88) Aku Yang Rajin...

Jumaat, Julai 24, 2009

Udah Abis...

Best Blogger Tips
Maka berakhirlah kisah 1 bulan@4 minggu@20 hari di IPGM Kampus BM..pengalaman berharga akan diingati sampai kita lupa..tetapi gambar akan mengingatkan kembali sejarah lama.. terima kasih atas segala yang dikongsi bersama..kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dan yang semestinya yang meng"enter frame"kan diri masing-masing dalam gambar2 2..jangan lupa apa yang telah diarahkan he3..... "Jadilah guru yang bestari moga anak didik anda menjadi lebih bestari" Aku Yang Rajin...

Rabu, Julai 22, 2009

Hikmah Isra' & Mikraj

Best Blogger Tips
Peristiwa perjalanan Rasulullah, gambaran kepentingan solat, pengajaran setiap musibah. KENANGAN penuh hikmah atas jalan dakwah yang ditinggalkan Rasulullah SAW kekal menjadi inspirasi bagi umatnya hingga ke akhir zaman. Setiap mukmin akan sentiasa gigih berusaha menggali peninggalan Rasulullah SAW kerana tuntutan hatinya yang sentiasa mekar mengasihi Nabi SAW. Maka dibentangkan kertas kajian mengenai sirah, kitab hadis sahih dan ketinggian ilmu al-Quran untuk dijadikan pegangan kehidupan. Proses penambahan ilmu itu akhirnya membuahkan keintiman jiwa kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Tidaklah cukup seseorang mengutamakan membaca selawat saja dan tidak berminat dengan pencarian sumber maklumat, data dan fakta ilmu untuk mendapatkan gambaran terang mengenai keperibadian serta perjuangan Rasulullah SAW. Cinta berputik kerana mengenali yang dicintai, memahami keperibadiannya dan menyelami pengorbanannya. Kita cuba menangis ketika membaca keperitan Rasulullah SAW memikul amanah dakwah, tetapi tidak mampu menitikkan air mata kerana tidak menyertai usaha dakwah Baginda. Kita tidak memiliki cukup ilmu untuk memberi hujah kepada hati mengenai makna keperitan itu. Sesungguhnya seseorang memerlukan fakta, data, ilmu, penghayatan dan amal salih untuk menterjemahkan cintanya kepada Rasulullah SAW. Salah satu fakta menggambarkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW adalah peristiwa Israk dan Mikraj yang sentiasa diingati setiap Rejab. Walaupun ada beberapa pandangan berbeza menentukan tarikh sebenar peristiwa itu seperti dilaporkan kitab Al-Rahiq Al-Makhtum karangan al-Mubarakfuri. Hal itu tidak menjejaskan hikmah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj sebagai panduan bagi mereka yang berjalan di atas jalan dakwah. Pertama : Menilai semula hubungan dengan Allah. Pendakwah bertugas membekalkan iman kepada masyarakat yang menjadi sasaran dakwahnya mesti memiliki bekal yang cukup untuk dirinya sendiri. Seorang doktor bertugas mengubat penyakit masyarakat diharapkan memiliki jasad sihat dan mental positif sebelum terjun ke medan berat. Melalui perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu sebagai ikatan kukuh antara hamba dengan Penciptanya, sesungguhnya ia memberi gambaran kepentingan ibadah ini. Umar bin al-Khattab pernah mengirimkan arahan kepada panglima perangnya, Saad bin Abi Waqqash dalam peperangan al-Qadisiyah, katanya: “Wahai Saad, takutlah kamu kepada Allah dengan urusan solat pasukanmu. Kerana sesungguhnya bukanlah kekalahan yang aku khuatirkan melainkan hanya apabila kalian meninggalkan solat, kekalahan akan terjadi apabila solat ditinggalkan. Jika kalian meninggalkan solat maka akan cenderunglah zina, riba, khamar, ingkar kepada Allah dan akhirnya terkeluar daripada agama.” Jika Umar, Saad dan sahabat yang berada di al-Qadisiyah begitu prihatin dengan ibadat solat mereka, mengapa pula kita yang daif, lemah lagi hina dibandingkan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda risau dengan ibadah solat kita? Ketika memperingati peristiwa naiknya Rasulullah SAW menghadap Allah, sememangnya ilmu dan penghayatan kita akan terus bertambah dalam menjalankan ibadat solat kerana kita sentiasa menambah baik maklumat sedia ada dengan maklumat baru dalam al-Quran dan hadis. Dengan ilmu mengenai solat maka jalan mengenal Allah sudah kita fahami dan seterusnya hubungan ini akan sentiasa erat dan akrab. Akhirnya, ujian apapun yang menghadang di setiap simpang jalan dakwah tidak dirasai terlalu berat kerana hati sentiasa menikmati kemanisan berdekatan dengan Allah. Kedua : Allah mengganti musibah dengan anugerah bagi sesiapa yang reda. Sesungguhnya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi SAW adalah musafir terbaik pernah dialami Baginda. Ia ibarat hadiah bernilai yang bermatlamatkan menghapus kesedihan demi kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah. Bukan hanya itu, tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif kepada Rasulullah SAW dan Zaid bin Harithah menjadi ujian terhebat yang menumpahkan darah Nabi SAW sehingga kasut Baginda dibasahi darah. Kemudian berlanjutan ujian dan musibah ke atas diri Rasulullah SAW seperti dilaporkan Imam Al-Bukhari dalam hadisnya: “Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, pernahkah engkau melalui suatu hari yang lebih dahsyat daripada peperangan Uhud? Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah mengalami daripada kaummu apa yang pernah aku alami dan yang paling dahsyat ialah ketika di al-’Aqabah iaitu ketika aku menawarkan diriku kepada Ibn Abdu Yalail bin Abdu Kallal. Dia tidak menyahut ajakanku dan aku beredar dengan penuh kesedihan. Sedar-sedar aku sudah berada di Qarn Al-Tha’alib. Kemudian aku mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku melihat segumpal awan menaungiku. Aku perhatikan lagi, tiba-tiba aku melihat Jibril dan dia menyeruku: Sesungguhnya Allah mendengar kata-kata kaummu dan tindak balas mereka ke atasmu. Allah mengarahkan malaikat bukit supaya engkau suruh dia apa yang engkau mahu lakukan terhadap mereka. Lalu malaikat bukit itu menyeruku dan memberi salam kepadaku seraya berkata: Wahai Muhammad, apa yang kamu mahu, kalau kamu mahu aku hempaskan ke atas mereka al-Akhsyabain (dua bukit di Makkah) nescaya aku lakukan. Nabi SAW bersabda: Sedangkan aku mengharap supaya Allah mengeluarkan dari sulbi mereka orang yang akan menyembah Allah semata-mata, tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu.” Daripada peristiwa ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa setiap ujian yang Allah bebankan kepada kita pasti akan diganti dengan penghormatan serta kemuliaan. Hanya saja kita tidak tahu bilakah kenikmatan itu akan diberi, apakah di syurga atau di dunia. Allah berfirman bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah Al-Baqarah, ayat 214) Ketiga : Bebaskan Palestin, bumi umat yang bertakwa. Ketika Israk, Rasulullah SAW singgah ke al-Aqsa dan melakukan solat bersama nabi. Al-Aqsa adalah bumi Allah yang diwariskan untuk orang beriman. Hal ini jelas ditegaskan dalam surah Al-Israk. Mengapa Allah hanya menyebut kisah perjalanan Rasulullah dalam satu ayat saja dan selebihnya kisah kejahatan bani Israil? Jelas mesej dibawa surah ini, bahawa hanya umat beriman kepada Allah, al-Quran dan Rasulullah SAW, berbuat kebaikan di muka bumi saja berhak memimpin manusia. Tidak kira suku, bangsa dan bahasanya, kerana kemuliaan manusia terletak pada takwanya. INTI PATI # Peristiwa Israk Mikraj perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah yang mewajibkan sembahyang lima waktu serta kepentingannya kepada setiap umat. # Perjalanan dalam Israk Mikraj menghapus kesedihan Rasulullah SAW selepas pemergian Abu Talib dan Khadijah serta tragedi keganasan dan penolakan dakwah dilakukan penduduk Taif. # Dalam Israk Mikraj Rasulullah SAW singgah ke al-Aqsa dan melakukan solat bersama nabi. Al-Aqsa adalah bumi Allah yang diwariskan untuk orang beriman. (dari aki2004.wordpress.com/2009/07/21/hikmah-isra-mikraj/) Aku Yang Rajin...

Selasa, Julai 21, 2009

Fadilat Bulan Rejab, Syaaban & Ramadan

Best Blogger Tips
Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah menganugerahkan rahmatNya kepada kita serta melanjutkan usia kita sehingga dapat bertemu semula dengan bulan-bulan yang dikurniakan ratusan dan ribuan ganda pahala ibadat yang tiada terdapat pada bulan-bulan yang lain. Sabda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. : ‘Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulan ku, dan Bulan Ramadan bulan umatku.’ - (Al-Hadis) Rejab bulan menabur benih Syaaban bulan menyiram tanaman Ramadan bulan menuai Rejab menyucikan badannya Syaaban menyucikan hatinya Ramadan menyucikan rohnya Rejab bulan maghfirah (keampunan) Syaaban bulan syafaat Ramadan bulan menggandakan kebajikan Rejab bulan taubat Syaaban bulan muhibbah Ramadan bulan dilimpahi pahala bagai hujan mencurah Rejab diganda 70 pahala Syaaban diganda 700 pahala Ramadan diganda 1000 pahala Sesunggohnya beruntunglah sesiapa yang mengetahui serta mengambil kesempatan yang masih ada ini, untuk terus beramal dengan penuh iman dan taqwa. Sebagai peringatan atau rujukan agar kita tidak terlepas dengan peluang untuk mendapat kelebihan serta kemuliaan bulan-bulan istimewa ini, silalah rujuk kepada kalendar berikut : REJAB 23 Jun 2009 - 22 Julai 2009 SYAABAN 23 Julai 2009 - 20 Ogos 2009 RAMADAN 21 Ogos 2009 - 19 September 2009 (bersandarkan hisab) Di samping amalan yang wajib, antara amalan sunat yang digalakkan pada bulan-bulan ini termasuklah : Tilawah Quran - Solat Sunnat terutamanya diwaktu malam - Bersedeqah - Puasa Sunnat - Istighfar - Zikir - Tasbih - Hadiri majlis ilmu - Mengerjakan umrah. Jikalau tidak dapat mengamalkan kesemuanya pun tak apa, asalkan janganlah pula kita meninggalkan kesemuanya pula. Buatlah sekadar kemampuan, menurut sejauh mana lemah atau kuatnya iman kita kepada Allah. Yang terpenting ia mestilah dari usaha yang ikhlas dan taqwa terhadap Allah S.W.T. Semoga amalan-amalam baik ini dapat kita lanjutkan terus sehingga ke bulan-bulan lain, sebagai amalan harian kita. InsyaAllah, sama-sama kita doakan agar kita semua tergolong dalam hamba-hambaNya yang solihin. (diolah dari safiansaidi.blogspot.com) Aku Yang Rajin...

Isnin, Julai 20, 2009

Ulangtahun ke-40

Best Blogger Tips
Adakah Neil Armstrong orang pertama menjejakan kaki ke bulan????? Geng Apollo 11 Alam yang indah ini amat luas dan yang penting perlu dihargai dan dijaga dengan baik. "Alam bukan untuk kita tetapi dipinjamkan oleh generasi masa depan" Aku Yang Rajin...

Sabtu, Julai 18, 2009

Sesak.......

Best Blogger Tips
On the way balik kg, sampai area bkt Tagar....tiba2 nampak asap,dah 2 traffic jam 4 lorong sampai bomba pun pening nak lalu mana...ada 1 lori tangki berhenti jauh..mungkin xnak jadi mangsa sampingan la.. xboleh bayang kalau masa lori 2 terbakar ada lori tangki dekat sebelah....entah apa yang jadi agaknya kan... Mungkin ada yang maut n jam lagi teruk...macam biasa rakyat Malaysia memang prihatin bila ada apa2 kejadian mesti nak tengok.... Walau apa pun kami selamat sampai...gambar 2 jadi saksi 1000 macam persoalan... Melaporkan dari tempat kejadian..... Aku Yang Rajin...

Rabu, Julai 15, 2009

Hari Kurang Ceria...

Best Blogger Tips
Minyak abis plak... nasib la ada lagi insan mulia sanggup tolong hamba dalam kesusahan..BERJUTA TERIMA KASIH...kalau xda sorang brother 2, dah confirm kena tolak sorang2 sampai stesen..Syukur Alhamdulillah.. Dah 2 kena cari stesen la...isi penuh2 la..(lepas ni jgn lupa isi minyak tau) Dan last kena ujan...bertukar jadi maskman...basah..basah hari penuh dengan ujian dan dugaan..mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian yang berlaku.. Setiap hari berpanas berhujan dengan extra jerebu...demi kursus aku rela jua...ha.ha.ha.haa(mcm bagus je kan) Aku Yang Rajin...

Isnin, Julai 13, 2009

3 MINGGU YANG INDAH...

Best Blogger Tips
Dah masuk 3 minggu di IPGM Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai. Dah jadi kebiasaan hari2 naik turun tangga...dah lali sangat RPH dfah siap tapi xdapat2 lagi, xtahu bila En. Yusuf a.k.a Penyelaras Kursus Bestari ni nak bagi semula. Lepas ni kena prepare PBL plak la. Dah masuk minggu2 last ni makin malas nak datang awal.Lepas ni tambah bestari la aku agaknya...idea banyak tapi xtahu nak guna dengan betul...... Bab sekolah plak, analisa dah siap dengan jadual exam, cuma soalan exam je xbuat2 lagi. Xtahu nak mula dari mana...KP Sains dah bagi sms "arahan maya" buat soalan...paper A & B..........Tapi aku malas la Aku Yang Rajin...

Rabu, Julai 08, 2009

Mari Belajar Buat Blog Sendiri.....Belajar????

Best Blogger Tips
Blogger @ Wordpress mana paling sesuai... buat blog bertema pendidikan....yang ada unsur2 palajaran saja. nak guna blog sbg platfom utk menyampaikan maklumat pelajaran dsb.. SCIENCE PROCESS SKIL (KEMAHIRAN PROSES SAINS) OBSERVATION (pemerhatian) - what can you see, hear, taste, smell and feel during the experiment - do not include reason REASON (sebab / alasan) - Inference / explanation from the observation / early conclusion - Step i) state the observation ii) search the reason / cause / factors iii) Formula = ……………………. because ……………………… (Observation) (Reason) VARIABLE (pembolehubah) i) What is chance: Manipulated Variable (MV/TC) - during the experiment, what are changed / different? ii) What is measured / observed : Responding Variable (RV / TO) - result / record iii) What is kept the same: Constant Variable (CV / KTS)(sama/ tak berubah) - during the experiment, what are same? Constant and manipulated variables must be stated clearly (parameter + object) The volume of ……… The distance of …………… The position of …………… The size of …………… The time of ……………………. The colour of ……………… The height of ……… The way of ……………………. The weight of ……………… The quantity of … The width of …………………… The type of ………………… The number of ……… The temperature of …… The condition of ………… The duration of ……………….. The length of ………………….. RELATIONSHIP / HYPOTHESIS (hubungan) i) what is the relationship between ………… And …………(TITRB TC W TO) ii) what is the explanation / early conclusion iii) what is explanation about inference / reason Steps: i) determine the MV ii) determine the RV iii) create hypothesis by relating MV with RV Examples: - as the pattern of MV increases, so the pattern of RV will increases - if the pattern of MV decreases, so the pattern of RV will increases - more / less what is changed (MV), more / less what is observed (RV) - state the relationship between the area of surface and the length of paper PATTERN / TREND (pola / corak perubahan) i) 1,2,3,4,5 = increase ii) 5,4,3,2,1 = decrease iii) 3333333 = constant / same increase/decrease/increase and decrease/decrease and increase/constant/increase, constant and decrease OBJECTIVE / AIM / PURPOSE (tujuan / objektif / matlamat) i) To investigate the relationship between MV (what is changed) with (what to measured) ii) To measure / to study / to find out PREDICTION (ramalan) i) predict what will happen …………………………….. ii) guess what will happen after / during the experiment iii) count the answer from the data CONCLUSION (kesimpulan / rumusan) i) science fact or principle ii) result of an experiment iii) do like hypothesis if the patterns are same iv) read the tables Example: 350C is most suitable temperature for seedling growth. Aku Yang Rajin...

Rabu, Julai 01, 2009

KURSUS LAGI!!......1 BULAN@IPGMKBM

Best Blogger Tips
Kursus Pembestarian Sekolah............. selamat datang dan selamat berkursus serta bertapa selama sebulan... 29 Jun - 24 Julai 2009 Moga aku akan jadi lebih bestari la lepas ni kan..Biiznillah.. Aku Yang Rajin...