Selasa, Julai 21, 2009
Fadilat Bulan Rejab, Syaaban & Ramadan
Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah menganugerahkan rahmatNya kepada kita serta melanjutkan usia kita sehingga dapat bertemu semula dengan bulan-bulan yang dikurniakan ratusan dan ribuan ganda pahala ibadat yang tiada terdapat pada bulan-bulan yang lain.
Sabda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. :
‘Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulan ku, dan Bulan Ramadan bulan umatku.’ - (Al-Hadis)
Rejab bulan menabur benih
Syaaban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyucikan badannya
Syaaban menyucikan hatinya
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan maghfirah (keampunan)
Syaaban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Syaaban bulan muhibbah
Ramadan bulan dilimpahi pahala bagai hujan mencurah
Rejab diganda 70 pahala
Syaaban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala
Sesunggohnya beruntunglah sesiapa yang mengetahui serta mengambil kesempatan yang masih ada ini, untuk terus beramal dengan penuh iman dan taqwa.
Sebagai peringatan atau rujukan agar kita tidak terlepas dengan peluang untuk mendapat kelebihan serta kemuliaan bulan-bulan istimewa ini, silalah rujuk kepada kalendar berikut :
REJAB 23 Jun 2009 - 22 Julai 2009
SYAABAN 23 Julai 2009 - 20 Ogos 2009
RAMADAN 21 Ogos 2009 - 19 September 2009 (bersandarkan hisab)
Di samping amalan yang wajib, antara amalan sunat yang digalakkan pada bulan-bulan ini termasuklah :
Tilawah Quran - Solat Sunnat terutamanya diwaktu malam - Bersedeqah - Puasa Sunnat - Istighfar - Zikir - Tasbih - Hadiri majlis ilmu - Mengerjakan umrah.
Jikalau tidak dapat mengamalkan kesemuanya pun tak apa, asalkan janganlah pula kita meninggalkan kesemuanya pula. Buatlah sekadar kemampuan, menurut sejauh mana lemah atau kuatnya iman kita kepada Allah. Yang terpenting ia mestilah dari usaha yang ikhlas dan taqwa terhadap Allah S.W.T.
Semoga amalan-amalam baik ini dapat kita lanjutkan terus sehingga ke bulan-bulan lain, sebagai amalan harian kita. InsyaAllah, sama-sama kita doakan agar kita semua tergolong dalam hamba-hambaNya yang solihin.
(diolah dari safiansaidi.blogspot.com)
Aku Yang Rajin...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan