Sabtu, Februari 26, 2011

Kasut Hoki dan Padang Astro Turf......

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... dengan kepala yang tak berapa nak ok.....aku buat research bersama cik Google ni....untuk dapatkan maklumat pasal permainan hoki...almaklum la masih hijau lagi...yang asas je tahu yang lain main belasah je......dan antara paling penting adalah kasut sebab Kejohanan Hoki MSSD Petaling Perdana akan berlangsung pada bulan April nanti. Tanpa pengalaman dan ini percubaan pertama kami, ni semua kerana dasar 1 murid 1 sukan.....semua nak 1 je...2 or 3 sape la yang nak.....di padang Komplek Sukan Pandamaran Klang.....padang astro turf la....dah la tak pernah main seumaur hidup...ni kan nak terus main atas padang sebenar.....budak2 olahraga pun pelik bila pakai "spike" dan "starting block' yang kejap je diguna, ni kan budak2 hoki. Macam tadi, kasut paling penting sebab padang sentiasa basah....nak kasut macam........
cantik........kena dapatkan sepasang
main pancut2 sampai basah.......

apa yang ada dalam lapisan astro turf...
main di sini la....
Banyak yang aku belajar sejak join team hoki ni.......Penat...........buat apa pun penat termasuk tido kan. Tapi aku rasa macam nak demam...sebab kena ujan semalam ke.......dan isnin ini team olahraga akan berlepas ke stadium MBPJ untuk sertai kejohanan Olahraga MSSD PP..team pertama masuk gelanaggang diikuti bola jaring, bola baling, ragbi, bola sepak......sepak takraw pun ada termasuk bowling (permintaan khas). Majulah sukan untuk semua. Sukan tahunan direhatkan sampai bulan 7 nanti "atas arahan" (yeke).........ntah la dan aku pun dah penat.....betul2 penat. Esok pagi akan ke stadium untuk jalan2 cari makan....dah lama tak ke sana dan basikal airiel pun dah lama tak dibawa "bersiar2".....
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Khamis, Februari 24, 2011

Astro dan GST 6%.....

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera......
naik lagi..............
Arini tengok dalam peti surat ada berita yang kurang menyenangkan.......sebab bila buka surat tersebut aku agak terkejut....mungkin aku terlupa agaknya. Bukan apa tetapi surat dari Astro yang menyampaikan bil langganan bulanan tercatat "Goventment Service Tax"  aka GST atau dalam bahasa melayunya "Cukai Perkhidmatan Kerajaan". dah mula berkuatkuasa rupanya cukai ni, antara sedar dan tidak. Bila aku yang biasa RM79.90 telah dikenakan GST 6% dengan tambahan bayaran sebanyak RM4.80 menjadi RM84.70. Yang paling sadis, Astro siap cover GST untuk bil sebelum ni...tambah lagi RM4.85 menjadi jumlah keseluruhannya RM89.55 sedangkan dalam bil bulan lepas tiada catatan 6% GST. Biasa la nak untung lebih sebab pelaksanaan GST mulai 1 januari 2011. PM yang umumkan dan kalau tak percaya tengok ni......
dari blog http://jzly.blogspot.com

Nak tak nak kena la sediakan ongkosnya. dengan mood yang tak berapa ok, aku pun sedikan lah bajet untuk bulan ini.....lari oooooooooooooo....bil api bulan lepas pun tiba2 jdi RM45.......biasa RM25 je termasuk untuk bulan ni.......pening lagi dalam ujan lebat ni. Kalau setahun dah kena RM57.60....2 tu baru seorang pengguna....Astro ada lebih 2juta pelanggan...kira la sendiri. Tapi alasan orang bisnes......cukai tu akan balik pada kerajaan juga...dan kerajaan tu orang ramai dan orang ramai adalah kita la.....nak sediakan segala prasarana perlukan duit bukan percuma dan tidak murah.

Bil biasa RM190 menjadi RM220.......Macam2 kenaikan atas alasan untuk memberikan keselesaan dan meningkatkan perkhidmatan. Lambat bayar bil ari2 call tanya bila nak bayar....dah bayar siap tambah lagi dengan cukai ni. Gaji naik setahun sekali tapi cukai kena tiap2 bulan dan ada yang tiap2 ari. Kalau la masuk tandas pun kena cukai macam ni pening juga. Kalau harga air biasa RM1, bila kena GST dah jadi RM1.06 (setelah dibundarkan jadi RM1.05)......5sen biasanya tak kan diambil dengan ayat biasa.....keep the change...'cheap the cane"......Kalau minum tiap ari 3kali.....dah 15sen (30sen la) kalau sebulan.....RM4.50 (RM9)..setahun dah RM54.00 atau RM108.00 sebab pemberian ikhlas RM0.05...."simpan la bakinya"

Apa la aku merepek dalam ujan ni......arini tak ada latihan hoki tapi ada meeting tergempar AJK PIBG...pasal kantin lagi la 2...........Tak selesai lagi isu paling hangat sekarang. Dan pasal kanti juga la aku jadi seronok bawa bekal makan dari rumah.....selain menjimatkan dan mengenyangkan.....masakan air tangan mama tersayang buat aku bersemanngat untuk menghabiskan apa2 lauk yang dibekalkan walau sardin or takda kuah sekali pun....Alhamdulillah dapat isteri yang memahami...........Dan esok juga ada sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah.....dengar cerita nak berarak pusing keliling padang siap dengan sepanduk yang telah dibuat tadi...aku tengok dari jauh jela sebab kelas full...dan agenda aku macam biasa...pakai baju melayu. Tapi masih keliru....nak pakai warna apa ye....ungu ke oren sebab minggu lepas warna itam....macam pegawai istana je. tu jela laporan untuk arini...nak rehat kejap
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Selasa, Februari 22, 2011

Sakit kepalaaaaa............ku

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera......
hariyang sibuk dan mencabar........macam biasa bergerak dari blok ke blok tanpa henti......makan jam 10pagi dan mkan semula jam malam....hohohoho lapar smpai kepala pening tapi tak apa sebab mama nak bekalkan aku makanan lagi untuk ke sekolah pada esok hari....dan macam biase guna bekas comel Airiel la.....menu dah nampak.....sambal tumis je.....sedap woooooooooo...pedassssssssssss plus aku ada ulser dalam mulut.....pedih yg teramat......ditambah air suam kegemaranku. Sedapnya

Sejak kantin tutup, rasa seronok bawa bekalan ke sekolah...macam zaman sekolah rendah pulak.....tapi aku dulu dapat RMT siap guna kupon lagi.....walau budak sekolah rendah masa tu mana la tahu menipu tak macam budak sekarang dan moden........dah dua hari layan HKLBR...ok la dari tak ada apa2 nak tengok.....walau sibuk macam mana pun aku tetap gembira buat semua benda. Kelas mentor mentee dah mula dan kelas pertama ok je...mungkin budak2 tak biasa lagi la.....lepas ni akan bertambah mesra dan serasi la aku dengan "anak2 aku" ............. Dan rasa tenang setenang air di kolam sejak ditukarkan ke kelas tahun 3 walau 'pejabat' aku tak strategik....kena ada dua tempat persinggahan.....bilik disiplin bila kelas di tahun 3 dan 4.... bilik guru blok D untuk ke kelas tahun 5 dan 6......memang letih juga meronda.....tapi masuk kelas dah ok.......ambil nafas kejap lepas tu on kelas.......dan aku tak suka duduk...entah la pelik kan....dah jalan jauh2 mestila penat......kena duduk kejap. Tapi bagi aku kalau duduk lagi la penat...........itu yang aku rasa.


 Hoooooooooo terlupa lagi....esok hari rabu ada aktiviti kokurikulum........aku dah sedia ke dan esok pagi nak pakai baju apa.....mungkin ikut cadangan Pn Sri Harlida.....pakai baju korporat.....ntah la pakai apa2 yang penting tutup aurat.......dah letih dah mengantuk dah nak lelap walau masih awal.......
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Isnin, Februari 21, 2011

Alhamdulillah...............

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...........
Aku bersyukur arini sebab banyak perkara....

  • pendaftaran olahraga dah selesai tanpa kesilapan lagi.
  • keputusan Program Pensiswazahan Guru dah keluar.
  • borang R01 untuk olahraga dah siap untuk diedarkan.
  • jadual ujian bulanan 1 dah siap (kena edit semula la)
  • jadual penggubal soalan pun siap (tahun 3-6 je)
  • senarai nama dah siap (kecuali 3J)
  • ada orang kata aku hensem arini (perasan la pulak....bukan ke ari2 memang hensem)
Dalam banyak2 perkara di atas, aku tertarik dengan keputusan PPG bagi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran KPM ambilan Mac 2011......
banner dari KPM
Tahniah, anda berjaya mengikuti pengajian tersebut. Sila tunggu surat rasmi ye.......
Maknanya aku layak menjadi pelajar semula dalam erti kata sebenar huhuhu. Untuk rekod, ada 30342 pemohon berdaftar untuk kursus ni walau KPM perlukan 40k untuk meningkatkan taraf pendidikan guru seluruh negara. Entah la apa alasan mereka yang tidak memohon, aku pun tak tahu. Tarikh lapor diri pada 12 Mac iaitu hari pertama cuti pertengahan penggal pertama. Dalam erti kata lain, aku perlu bersedia untuk berkorban masa cuti demi meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman selain meningkatkan imbuhan....errr naik gred la senang cerita. Dan aku dah sedia untuk itu. Aku rasa seperti tahun ini tahun terbaik sepanjang hidup sebab aku rasa gembira laksanakan tugas dengan dikelilingi orang2 yang berdedikasi.  

Dan paling menggembirakan aku juga bila rumah sendiri tunggu masa untuk didiami......macam biasa lawatan sambil belajar ke tapak projek sambil posing2 dalam ruang kosong. Bulan lepas jalan tak buka lg dan semalam jalan utama dah dibuka. Yang best cuma ada kon kat tengah jalan. Nak kata ditutup pun tak buka pun tak. Pandai2 la jaga diri sebab pak guard cuma jaga rumah contoh je. Masa tu ada juga yang ronda2 selain budak2 melepak tepi jalan. Antara yang sempat dirakam...........

airiel berlari kegirangan masuk rumah baru...tak boleh diam

agak2 kapal terbang boleh letak tak

peace mama

letak kat luar sebab tak ada kebenaran lagi

pose sebelum ronda2 keliling puncak alam

dah sedia nak lari lagi la budak ni
Lepas ni apa lagi berita gumbira agaknya.........itu je laporan hari ini..... Harap yang terbaik untuk semua

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Ahad, Februari 20, 2011

Tahap Kemalasan Paling Maksimum

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Mood pagi ahad yang membosankan....nak buat soalan pun tak ada semangat. Mana la perginya semangatku yang hilang ni. Tolonggggggggggggggggggggg............kembali la wahai semangattttttttttttttttt. Semalam dipenuhi aktiviti yang berfaedah dan padat bermula dengan.......

  • latihan olahraga.....aku join kejap je sebab nak join meeting PIBG,
  • meeting AJK PIBG...macam2 isu hangat,
  • shopping susu Airiel....4 kotak dan dapat hadiah 2 helai selimut bayi percuma
  • edit pendaftaran olahraga (sekali ada error la)
  • edit jadual ujian bulanan 1.......macam tahun2 lepas (sindrom malas dah datang)
  • tonton Anigerah seri Angkasa...yang membosankan.......nak tengok piala FA pun bosan
ambil dari http://www.budiey.com

Dan selepas menonton Anugerah Sri Angkasa, mood terus hilang.....ada kaitan ke.....walau aku tonton di Astro Prima, tapi masih tak paham dan tak boleh bayangkan tengok di Astro.....macam tengok TV1 je.......dan aku cuma buka saluran RTM kalau berkaitan sukan (kalau Astro Arena tak ada la) tapi sekarang boleh dikira la. Pada aku tiada perubahan kualiti sejak sekian lama. Anugerah untuk stesen swasta pun sekadar nak penuhi kuota je.....untuk naikkan rating penonton........kalau stesen swasta......sapa la nk tengok event 2 (mereka2 yang tidak melanggan Astro la agaknya tapi tengok cerita lain lagi best). Yang paling tak seronoknya, berulang2 kali pengacara sebut....
pemenang dipilih oleh juri profesional dan diaudit oleh juru audit bertauliah...
Aku pun tak paham kenapa mereka kena sebut berkali2......macam la penonton tak boleh pikir lepas tengok keputusan......apa la aku melalut nak komen pasal majlis 2......aku bukan ada kaitan pun dengan dunia hiburan dan acara 2 bukan la 100% buat aku malas malam tadi.

Pasal team olahraga....6 peserta lontar peluru terpaksa digugurkan.....
  • Muhd Syazwan Fahmi Suhaimi
  • Muhd Alif Eyzlan Mohd Yusof
  • Nur Atirah Illiana Zuraimi
  • Fathini Hadreera Faharudin
  • Nur Farhani Sohaimi
  • Nurul Qistina Shahirah Mohd Yusoff
Digugur atas masalah teknikal........aku tak paham la sebab bukan aku yang pergi meeting......itu pun lepas dapat sms dari Mr Kanna......then kena call semula untuk pengesahan dan buat pembetulan..pening2 tapi xpela......syazwan boleh fokus latihan hoki......qistina dan farhani fokus bola baling kan...dan atirah serta fathini fokus pada bola jaring........kejohanan pun dah dekat.........

Petang ni ada latihan Hoki......cik puan harlida nak aku turun sekali.....huh.....kembalikan semangatku ini....nak turun ke tak hahahaha........

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Jumaat, Februari 18, 2011

Termengah-mengah membuat kerja....Report....

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera.......salam hari jumaat yang indah permai
Hari ini tugasan seperti abiasa....masuk ke kelas cume berlainan blok. Agak keletihan bila sampai ke kelas yang kedua......turundari tingkat 3 blok D dan kemudian naik ke tingkat 3 blok A.....Dan hari ini juga mendapat tugasan rasmi untuk menyediakan soalan Science year 3......kena la study dulu soalan2 lama untuk buat paper 2. Yang penting siap dibuat dan dihantar mengikut jadual yang "aku" sendiri buat...............

Hari ini juga kak Normah bagi surat untuk diisi............isi jela apa2 yang patut............termasuk kena relief kak Manja (ok tpi yg xok ialah tak ada yang beritahu awal untuk masuk ke kelas tersebut....terkejut juga la tpi nasib tak jadi apa2).

Arini juga mama bekalkan aku makanan untuk ke sekolah......" wahhh, cantik bekas makanan 2 kn"
Bekas memang comel macam kat bawah ni...........
aku ada semua warna tapi yang bawa tadi warna hijau....
Dapat percuma masa beli susu Sustagen Kids untuk Airiel.........aku gunakan jela...cantikkan hahaha. Yang penting kenyang dan gembira dengan rezeki yang diberi. Seronok pula bawa lunch box 2...dah lama tak bawa bekal ke sekolah....bawa air selalu la.....Alasan paling kukuh untuk berjimat selain kantin masih lagi ditutup....yum..yum..yum............

Arini juga berlangsung taklimat program tahun 6.......Mentor Mentee (ala anak terangkat.....adakah ia macam program.....
sekadar hiasan....tak ada kaitan pun.....
Memang tiada kaitan langsung dengan rancangan kat TV3 kan. Program ini untukmeningkatkan prestasi murid tahun 6 saja. Aku join grup 4 bermula hari selasa depan pada 1.10 hingga 1.40 ptg termasuk hari sabtu tertentu (nak buat waktu lain digalakkan). dari list yang aku dapat ni......ok la aku sedia untuk membantu mereka asalkan mereka ada usaha untuk bersama2 meningkatkan diri sendiri....give and take la....dan aku dapat 9 orang budak kelas 6 Amanah....

  • Faiq Aqil Norhuzaimi,
  • Faisal Afiq Zin Azman,
  •  Muhammad Danish Johari,
  • Amirah Syakirah Ahya,
  • Nur Fatihah Nor Shamsuhaimy,
  • Nurul Afiqah Azli Fitri,
  • Nurul Ayu Natasha Azhar,
  • Siti Humairah Hamzah dan
  • Umairah Mohd Nazri.

Tengok list di atas.....ada yang aku dah biasa dan ada yang kena kenalpasti dulu baru buat sesuatu. Bahan akan disediakan dan bahan tambahan akan diusahakan...........juga seorang lagi mentee tambahan nak kena jaga juga. Bantuan ini perlukan komitmen yang tinggi. nak jaga prestasi setiap mentee agar sentiasa naik bukan kerja senang. Tak pa aku akan berusaha walau sekarang aku berada di tahun 3..hahahahaa

petang ini macam biasa ada latihan hoki plus latihan olahraga.................dan jam 8 pagi esok ada latihan olahraga plus meeting AJK PIBG (GB dah ingatkan kena datang jam 9 pagi)....semua nak buat serentak dan plus plus.............selain paper ujian bulanan...untuk diri sendiri....dah letih cari idea.......

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Khamis, Februari 17, 2011

Bila Kantin Di Tutup.....

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera......
Laporan khas...........
Bermula pada tarikh 16.2.2011  jam 3.00 petang, kantin SK Seksyen 24 telah ditutup sehingga diberitahu kerana berlaku kes keracunan makanan melibatkan murid tahun 3 hingga 6. Mangsa mengadu sakit perut selepas rehat selepas memakan ayam yang didapati telah busuk. Sekolah jdi gempar kerani ini adalah kejadian yang pertama seumpamanya sejak mula beroperasi pada 1989.
dah tutup la...macam mana nak makan

Episod ini adalah rentetan beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini termasuk sakit perut kerana sambal terlalu pedas dan nasi tidak cukup masak. Keadaan persekitaran kantin juga kurang memuaskan dengan keadaan yang kotor dan sampah yang bertaburan. Punca utama yang dikenal pasti adalah ayam yang dibeli menghasikkan aroma yang kurang memuaskan. pengusaha kantin dipetik berkata "peti sejuk rosak la"........ Tapi tak tahu pulak betul ke tak. kalau dah rosak kenapa tak baiki sampai tahap boleh menjejaskan kesihatan orang lain. Kalau dah tahu bahan masakan mudah rosak mesti ada alternatif lain untuk mengganti menu itu. Sebab nak kurangkan rugi habis orang lain jadi mangsa. Kasihan sungguh murid yang terlibat. dan dengan ini tiadalah lagi sesi jual beli di kantin hingga keputusan pembukaan semula diberikan.
sekadar hiasan.......kena cari menu baru la

Semua mangsa dibawa ke klinik untuk pemeriksaan dan pihak PKD petaling, MBSA PPD Petaling tak putus2 berkunjung melawat "tapak projek". Dan hari ni mereka datang lagi membuat pemantaun dan perbincangan (rancangan buat "fire drill' dibatalkan atas alasan pihak PPD datang-tak nak gangu mereka). yang memeningkan kepala adalah guru bertugas minggu ini. Pening, tension dan lain-lain (turn aku minggu lepas pun nyaris2 sebab ada muridyang mengadu sakit perut. Minggu ni.............boleh jadi "front page" Metro la.
Dengan ini di isytiharkan.................kene bawa bekalan makan sendiri.....
sekadar hiasan......bekalan masa depan untuk perut

Surat pemberitahuan dah diedarkan dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan makanan untuk anak2 mereka. Guru2..........................pandai2 la cari makan sendiri tapi tak boleh keluar sekolah la. Yang best...grup blok D jadi kafe gantian siap masak nasi n lauk sekali. Aku join sekali tapi setelah banyak kali kene suruh......baik sungguh "kakak2 aku kan......... "pergi la makan...nasi dalam periuk...lauk ada kat depan......"
Bila dah berlaku perka macam ni......apa la nasib budak2 yang mak bapa mereka tak sempat sediakan makanan....sungguh kasihan......Ada yang kate boleh jimat sebab..................tak keluar belanja berlebihan. Ada yang bergurau....lepas ni kalau kantin xbuka terus pun tak pa sebab dah tak nak turun kantin lagi.....makan dalam bilik acon lagi sedap.....
Dengan perkhabaran penutupan selama 2 minggu apa la nak jadi lepas ini.........memang dugaan besar sebab kalau ada mesyuarat atau sebarang aktiviti yang memerlukan makanan....kena cari alternatif lain la.
tak payah peningkan kepala aku yang berserabut dengan kerja2 rutin harian........aku nak makan sebab dah lapar ni...........yang penting sesi me"register"kan peserta olahraga dah selesai......lepas ni fokus hoki je.....
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Selasa, Februari 15, 2011

Hoki atau Olahraga....Science Year 3 dan KH....

Best Blogger Tips
Assalamualaikumdan salam sejahtera....salam Maulirurrasul.....cuti rehatkan diri
Entry yang mudah tapi susah nak terangkan sebab tugasan ini amat berat...Semalaman berfikir tentang jadual terbaru yang aku dapat semalam.......ada perubahan ketara sebab aku kene ajar budak2 tahun3....wah dapat pengalaman baru la selain kembali ajar KH.....
Minggu ini minggu yang sibuk kerana aku perlu selesaikan beberapa tugasan. Semua tugasan perlu disiapkan ikut jadual termasuklah.......

  1. latihan team hoki (isnin,selasa n  khamis 5.30-6.30)
  2. pendaftaran peserta olahraga MSSD Petaling Perdana secara atas talian
  3. rekacipta borang rumusan salahlaku murid untuk data SSDM
  4. jadual penggubal soalan untuk ujian dan peperiksaan 2011
  5. buat soalan ujian bulanan 1 (kalau boleh nak skip)
  6. masuk kelas (3B,3H,3J,4A,4H,5B,5H,5I,5J) kebanyakan kelas baru...kena ada sesi suaikenal la kan
  7. sediakan HSP dan RPT serta LP baru untuk kelas mereka
  8. kena study sukatan science tahun 3 (turun level)
  9. kelas bimbingan untuk seorang anak didik aku (special class-isnin atau selasa 4.30-5.30)

Padat juga jadual minggu ini......no 5 hingga 8 agak mencabar....


L4

L5

P4

P5

Pendaftaran olahraga secara atas talian memang mudah seperti diatas tapi kesilapan klik pada kotak acara akan menyebabkan peserta silap didaftarkan...ada pro dan kontra la. Cuma kejohanan olahraga yang menggunakan cara ini. Sukan lain masih secara manual termasuk hoki. Masalah utama aku adalah aku terikat dalam kedua-dua sukan itu. Team hoki perlukan aku sama seperti team olahraga (aku ayng buat pemilihan acara lompat tinggi dan acara balapan untuk perempuan termasuk nak daftarkn mereka). Aku bukan ahli eksekutif pasukan olahraga, tapi sekadar membantu sahaja.
Paling istimewa, selepas pertukaran guru ke sekolah lain......nama aku terletak dibawah nama-nama mereka. pening juga bila memikirkan. Tapi aku bukan gila kuasa. tak kan la aku nak kuasai unit uniform TKRS, hoki dan persatuan Sains&Math dalam satu masa, bagi la orang lain. Aku boleh tolong cara lain la kan.
Itu la yang mampu aku laksanakan......teruskan berusaha..........

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Isnin, Februari 14, 2011

1 Malaysia 1 Ummah vs Valentine Day

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Awal bismillah dimula dengan ucapan salam......12 Rabiulawal 1432H bersamaan 15 Ferbruari 2011 adalah ulangtahun kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan sambutan peringkat kebangsaan adalah seperti dibawah...........

banner dari web Jakim
Dan yang utama sambutan maulidurrasul pada tahun ini hampir dengan acara orang Kristian.....Valentine's day dan HARAM disambut oleh umat ISLAM seluruhnya. Mengingati nabi lebih baik dari memperingati hari valentine.......
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
"Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Ada 4 versi kisah asal usul sambutan tersebut yang semestinya waktu yang ditunggu2 oleh para pencinta sejati membuktikan cinta sejati mereka pada pasangan masing2. Lebih mendukacitakan adalah kelakuam mereka yang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan RM semata2 untuk sama2 menyambut hari tersebut. Dan yang paling teruk adalah pesta yang paling dilaknat tuhan....menadakan hubungan seks bebas atas dasar cinta sejadi yang abadi......dosa ulangan tiap tahun....remaja ikut serta kerana tergoda dengan "Hari berkasih Sayang"
kredit to http://theprincesdiarys.blogspot.com

Buat la perkara yang berfaedah......dan diredhai Allah.....yang haram usah dipertikaikan lagi kerana salah satu versi sambutan tersebut adalah....
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi bernama Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Dia mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Inikah cara umat islam mengagungkan agama lain.....Astagfirullahalazim
Walau "niat" luaran macam baik tetapi seluruh umat islam semakin alpa dengan sogokan agama lain.....maka untungla tauke kedai bunga, restoran besar, kedai mamak, kedai baju, kedai aksesori, kedai hadiah, penjual lilin, kedai mancis dan mereka2 yang sewaktu dengannya..
Aku yang baru tersedar dari lamunan mimpi indah.....dunia akhir zaman...yang haram dihalalkan dan yang halal menjadi haram....moga kita diberkati oleh Allah yang Esa...

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Ahad, Februari 13, 2011

Layout Baru....Aku Di Alam Suria

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ahad yang permai menjelma lagi. Bersarapan nasi lemak bersama ayam goreng...sedap sekali...alhamdulillah dengan rezeki yang dikurniakan.
Tugasan hari ini sementara menunggu "mee goreng mama" siap....aku edit layout+latar belakang blog ini untuk tujuan penambahbaikan kosmetik. Aku gantikan tajuk utama blog dari "Seindah Kilauan Permata...Airiel Nabil" yang dirasakan terlalu panjang kepada tajuk yang agak pendek....."Aku Di Alam Suria" dengan banner baru.
Kepala blog yang baru....
Sesi ubahsuai ambil masa 2 jam. try n error sampai la siap dan puas hati dengan hasilnya.
Biladah siap baru rasa lapar dan mee goreng pun dah sedia untuk dimakan. jadi jangan berlengah lagi untuk 'menerkam" pinggan mee sambil layan astro citra sebab tiada saluran lain yang best huhuhu.
Apa lagi berhenti la menaip dan makan dengan airiel yang main basikal di luar.
Hilang idea lagi la................ohhhhh esok nak buat laporan guru bertugas minggu lepas, sedia apa yang patut la untuk laporan nanti.
Dan airiel dah terjerit2 panggil aku kat luar....jom main dengan dia......

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Sabtu, Februari 12, 2011

PIBG....Selepas 5 Tahun

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....
Tugasan mingguan bertugas telah tamat....tetapi 12.2.2011 adalah hari penting...bukan sebab Man United vs Man City tetapi Mesyuarat Agong PIBG kali ke-21 telah berlangsung dengan sopan, meriah dan tertib....tiada isu2 besar atau ibu bapa tidak terlalu emosi.....hidangan nasi lemak dan teh susu ok agaknya...
Bermula dengan ucapan dan pembentangan laporan kewangan sehingga lah sesi mencalon berjalan dengan lancar....macam tahu lepas juga dikendali oleh cikgu Mahadi dengan gaya selambanya....memang terbaik la sesi mencalon diselang seli dengan gurau senda yang nampak santai....dan akhirnya terbentuk la AJK PIBG sesi 2011/2012.
Paling utama tugasan aku adalah membantu cikgu Helmi kendalikan bahagian ICT tetapi atas permintaan YB Cik salina yang tidak berapa nak sihat...maka tugas kedua adalah menjadi jurufoto tidak bertauliah...macam biasa ambil gambar apa2 yang berkaitan....walaupun ada tugasan tambahan iaitu mencalonkan Mr Ravi Poonan tetapi bayangnya pun tidak kelihatan..
Nak calon macam mana kalau dia tak ada?
Akhirnya YDP sendiri mencadang dan melantik AJK sebab dia dah selesa dengan AJK sedia ada....dan mesyuarat pun setuju....ada ke tak ada lantikan telah diterima...dan kejutan untuk aku adalah nama tersenarai menjadi AJK..huhuhuhu akur dengan pemilihan dan kepercayaan yang diberikan. Dengan ini sah la aku kembali dalam AJK PIBG setelah 5 tahun menghilang......
Maklumat terkini terbaru yang aku terima.....En Amir Fuad telah bersetuju untuk menbantu kami melatih team hoki sekolah....katanya...
cikgu bagitahu bila latihan dijalankan, insyaallah kalau ada kelapangan saya akan bantu.
Wah ini sudah bagus......dan dia berkata lagi...
Tak payah la berlatih teruk2 tapi budak2 tak kuasai yang asas..
dan lagi.....
cikgu cari kayu 2"x4", letak keliling gelanggang, biarkan budak2 kawal bola, tak pukul bola tinggi.......
Briliant Idea la.....akan diusahakan dengan segera......
Alhamdulillah ada yang berminat untuk membantu...sekurang2nya kami ada asas paling kukuh untuk menang...cayala.....sebab En Amir ada lesen jurulatih kelas 2...woooooooo boleh latih team Sukma Selangor
Tapi bab pergi mesyuarat kejohanan hoki aku bagi pada Cik Pn Harlida sebab aku nak uruskan pendaftaran team olahraga dulu. Daftar online tapi nama peserta tak serah2 lagi. Nanti mengamuk Orang atas....tapi takmengapa buat satu2 ya....

  • dapatkan list nama peserta olahraga untuk didaftarkan
  • buat surat untuk latihan pada hari selasa....cuti beb..tapi kene ada kebenaran khas
  • cari kayu 2x4.....kertas kerja la kan...
Ini semua bab kokurikulum je belum hal kurikulum dengan examnya dan Hem dengan disiplinnya..haru kalau tak plan betul2.....
Dan semalam Penyelia Hem PPDPP maklumkan surat dah ada dalam peti surat di PPD....surat apa ya....paham2 je la.....maka aku senaraikan tugasan aku sekarang...
  • Kurikulum - SU Peperiksaan Dalaman (setup ujian bulanan/jadual/penggubal/analisa)
  • Kurikulum - guru subjek (sediakan soalan tapi tak tahu kelas mana..)
  • Hem - Pen Penyelaras Disiplin (kem kepimpinan dah dekat)
  • Kokurikulum - Ketua penasihat Persatuan Sains&Math(lengkapkan buku biru)
  • Kokurikulum - jurulatih pasukan hoki bersama Harlida (traning ari2)
  • Kokurikulum - jurulatih olahraga bersama Tuan, Ida, Zakwan(lompat tinggi & pecut+relay)
  • Kokurikulum - daftarkan peserta olahraga secara online (sebelum 17hb 2 2011)
  • Lain2 - jaga PA sistem+cd lagu+mikrofon+bateri 9volt(ntah apa2)
  • Lain2 - AJK PIBG (new job selepas 5 tahun)
  • PPD Petang perdana - Jurulatih Utama Hem (SSDM)....ini la yang buat aku pening....

ok la aku dah penat taip...nak rehat tunggu miz mama balik dari Unisel.....
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Khamis, Februari 10, 2011

Taklimat HEM.....ehem-ehem

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.
Hari ini, Khamis 10.2.2011 dari jam 8pagi hingga 5 petang....agaknya la...aku berkampung di Dewan Sri Intan SK Perdana Jaya...ada yang tanya sekolah mana...dan jawapannya adalah SK SS17 di SS19 Subang Jaya..(PKG Subang Jaya la) untuk taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid SK dan SM...Tahun ini digabung sekali semua PK Hem SK dan SM....
Aku uruskn hal SSDM je...bantu para PK HEM....hermmmmmmmmm
Penat memang la sangat2....macam2 channel ade...melayu...cina...india dll...
Pagi2 melawat sekolah dulu baru bergegas ke PPD untuk ke Subang Jaya bersama Penyelia HEM PPD...YM Tuan Ahmad Normi....
Susah juga bila terima jawatan Jurulatih Utama HEM (Data SSDM) ni....huhhhhh
Bukan susah sebab berurusan dengan PK HEM tapi dengan laptop dan pendrive mereka.....macam2 "haiwan" ada...macam ladang ternakan yang berjaya la.....adoiiiiiiiiiiii.....VIRUS CHENTAAZ
Makan sudah.....taklimat sudah...tunggu Pegawai PPD nak beri taklimat istimewa....wah sampai petang la nampaknya.......

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,