Isnin, Februari 14, 2011

1 Malaysia 1 Ummah vs Valentine Day

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Awal bismillah dimula dengan ucapan salam......12 Rabiulawal 1432H bersamaan 15 Ferbruari 2011 adalah ulangtahun kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan sambutan peringkat kebangsaan adalah seperti dibawah...........

banner dari web Jakim
Dan yang utama sambutan maulidurrasul pada tahun ini hampir dengan acara orang Kristian.....Valentine's day dan HARAM disambut oleh umat ISLAM seluruhnya. Mengingati nabi lebih baik dari memperingati hari valentine.......
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
"Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Ada 4 versi kisah asal usul sambutan tersebut yang semestinya waktu yang ditunggu2 oleh para pencinta sejati membuktikan cinta sejati mereka pada pasangan masing2. Lebih mendukacitakan adalah kelakuam mereka yang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan RM semata2 untuk sama2 menyambut hari tersebut. Dan yang paling teruk adalah pesta yang paling dilaknat tuhan....menadakan hubungan seks bebas atas dasar cinta sejadi yang abadi......dosa ulangan tiap tahun....remaja ikut serta kerana tergoda dengan "Hari berkasih Sayang"
kredit to http://theprincesdiarys.blogspot.com

Buat la perkara yang berfaedah......dan diredhai Allah.....yang haram usah dipertikaikan lagi kerana salah satu versi sambutan tersebut adalah....
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi bernama Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Dia mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Inikah cara umat islam mengagungkan agama lain.....Astagfirullahalazim
Walau "niat" luaran macam baik tetapi seluruh umat islam semakin alpa dengan sogokan agama lain.....maka untungla tauke kedai bunga, restoran besar, kedai mamak, kedai baju, kedai aksesori, kedai hadiah, penjual lilin, kedai mancis dan mereka2 yang sewaktu dengannya..
Aku yang baru tersedar dari lamunan mimpi indah.....dunia akhir zaman...yang haram dihalalkan dan yang halal menjadi haram....moga kita diberkati oleh Allah yang Esa...

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan