Selasa, Februari 15, 2011

Hoki atau Olahraga....Science Year 3 dan KH....

Best Blogger Tips
Assalamualaikumdan salam sejahtera....salam Maulirurrasul.....cuti rehatkan diri
Entry yang mudah tapi susah nak terangkan sebab tugasan ini amat berat...Semalaman berfikir tentang jadual terbaru yang aku dapat semalam.......ada perubahan ketara sebab aku kene ajar budak2 tahun3....wah dapat pengalaman baru la selain kembali ajar KH.....
Minggu ini minggu yang sibuk kerana aku perlu selesaikan beberapa tugasan. Semua tugasan perlu disiapkan ikut jadual termasuklah.......

  1. latihan team hoki (isnin,selasa n  khamis 5.30-6.30)
  2. pendaftaran peserta olahraga MSSD Petaling Perdana secara atas talian
  3. rekacipta borang rumusan salahlaku murid untuk data SSDM
  4. jadual penggubal soalan untuk ujian dan peperiksaan 2011
  5. buat soalan ujian bulanan 1 (kalau boleh nak skip)
  6. masuk kelas (3B,3H,3J,4A,4H,5B,5H,5I,5J) kebanyakan kelas baru...kena ada sesi suaikenal la kan
  7. sediakan HSP dan RPT serta LP baru untuk kelas mereka
  8. kena study sukatan science tahun 3 (turun level)
  9. kelas bimbingan untuk seorang anak didik aku (special class-isnin atau selasa 4.30-5.30)

Padat juga jadual minggu ini......no 5 hingga 8 agak mencabar....


L4

L5

P4

P5

Pendaftaran olahraga secara atas talian memang mudah seperti diatas tapi kesilapan klik pada kotak acara akan menyebabkan peserta silap didaftarkan...ada pro dan kontra la. Cuma kejohanan olahraga yang menggunakan cara ini. Sukan lain masih secara manual termasuk hoki. Masalah utama aku adalah aku terikat dalam kedua-dua sukan itu. Team hoki perlukan aku sama seperti team olahraga (aku ayng buat pemilihan acara lompat tinggi dan acara balapan untuk perempuan termasuk nak daftarkn mereka). Aku bukan ahli eksekutif pasukan olahraga, tapi sekadar membantu sahaja.
Paling istimewa, selepas pertukaran guru ke sekolah lain......nama aku terletak dibawah nama-nama mereka. pening juga bila memikirkan. Tapi aku bukan gila kuasa. tak kan la aku nak kuasai unit uniform TKRS, hoki dan persatuan Sains&Math dalam satu masa, bagi la orang lain. Aku boleh tolong cara lain la kan.
Itu la yang mampu aku laksanakan......teruskan berusaha..........

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan