Laporan khas...........
Bermula pada tarikh 16.2.2011 jam 3.00 petang, kantin SK Seksyen 24 telah ditutup sehingga diberitahu kerana berlaku kes keracunan makanan melibatkan murid tahun 3 hingga 6. Mangsa mengadu sakit perut selepas rehat selepas memakan ayam yang didapati telah busuk. Sekolah jdi gempar kerani ini adalah kejadian yang pertama seumpamanya sejak mula beroperasi pada 1989.
dah tutup la...macam mana nak makan |
Episod ini adalah rentetan beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini termasuk sakit perut kerana sambal terlalu pedas dan nasi tidak cukup masak. Keadaan persekitaran kantin juga kurang memuaskan dengan keadaan yang kotor dan sampah yang bertaburan. Punca utama yang dikenal pasti adalah ayam yang dibeli menghasikkan aroma yang kurang memuaskan. pengusaha kantin dipetik berkata "peti sejuk rosak la"........ Tapi tak tahu pulak betul ke tak. kalau dah rosak kenapa tak baiki sampai tahap boleh menjejaskan kesihatan orang lain. Kalau dah tahu bahan masakan mudah rosak mesti ada alternatif lain untuk mengganti menu itu. Sebab nak kurangkan rugi habis orang lain jadi mangsa. Kasihan sungguh murid yang terlibat. dan dengan ini tiadalah lagi sesi jual beli di kantin hingga keputusan pembukaan semula diberikan.
sekadar hiasan.......kena cari menu baru la |
Semua mangsa dibawa ke klinik untuk pemeriksaan dan pihak PKD petaling, MBSA PPD Petaling tak putus2 berkunjung melawat "tapak projek". Dan hari ni mereka datang lagi membuat pemantaun dan perbincangan (rancangan buat "fire drill' dibatalkan atas alasan pihak PPD datang-tak nak gangu mereka). yang memeningkan kepala adalah guru bertugas minggu ini. Pening, tension dan lain-lain (turn aku minggu lepas pun nyaris2 sebab ada muridyang mengadu sakit perut. Minggu ni.............boleh jadi "front page" Metro la.
Dengan ini di isytiharkan.................kene bawa bekalan makan sendiri.....
sekadar hiasan......bekalan masa depan untuk perut |
Surat pemberitahuan dah diedarkan dan menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan makanan untuk anak2 mereka. Guru2..........................pandai2 la cari makan sendiri tapi tak boleh keluar sekolah la. Yang best...grup blok D jadi kafe gantian siap masak nasi n lauk sekali. Aku join sekali tapi setelah banyak kali kene suruh......baik sungguh "kakak2 aku kan......... "pergi la makan...nasi dalam periuk...lauk ada kat depan......"
Bila dah berlaku perka macam ni......apa la nasib budak2 yang mak bapa mereka tak sempat sediakan makanan....sungguh kasihan......Ada yang kate boleh jimat sebab..................tak keluar belanja berlebihan. Ada yang bergurau....lepas ni kalau kantin xbuka terus pun tak pa sebab dah tak nak turun kantin lagi.....makan dalam bilik acon lagi sedap.....
Dengan perkhabaran penutupan selama 2 minggu apa la nak jadi lepas ini.........memang dugaan besar sebab kalau ada mesyuarat atau sebarang aktiviti yang memerlukan makanan....kena cari alternatif lain la.
tak payah peningkan kepala aku yang berserabut dengan kerja2 rutin harian........aku nak makan sebab dah lapar ni...........yang penting sesi me"register"kan peserta olahraga dah selesai......lepas ni fokus hoki je.....
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan