Isnin, Februari 21, 2011

Alhamdulillah...............

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...........
Aku bersyukur arini sebab banyak perkara....

  • pendaftaran olahraga dah selesai tanpa kesilapan lagi.
  • keputusan Program Pensiswazahan Guru dah keluar.
  • borang R01 untuk olahraga dah siap untuk diedarkan.
  • jadual ujian bulanan 1 dah siap (kena edit semula la)
  • jadual penggubal soalan pun siap (tahun 3-6 je)
  • senarai nama dah siap (kecuali 3J)
  • ada orang kata aku hensem arini (perasan la pulak....bukan ke ari2 memang hensem)
Dalam banyak2 perkara di atas, aku tertarik dengan keputusan PPG bagi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran KPM ambilan Mac 2011......
banner dari KPM
Tahniah, anda berjaya mengikuti pengajian tersebut. Sila tunggu surat rasmi ye.......
Maknanya aku layak menjadi pelajar semula dalam erti kata sebenar huhuhu. Untuk rekod, ada 30342 pemohon berdaftar untuk kursus ni walau KPM perlukan 40k untuk meningkatkan taraf pendidikan guru seluruh negara. Entah la apa alasan mereka yang tidak memohon, aku pun tak tahu. Tarikh lapor diri pada 12 Mac iaitu hari pertama cuti pertengahan penggal pertama. Dalam erti kata lain, aku perlu bersedia untuk berkorban masa cuti demi meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman selain meningkatkan imbuhan....errr naik gred la senang cerita. Dan aku dah sedia untuk itu. Aku rasa seperti tahun ini tahun terbaik sepanjang hidup sebab aku rasa gembira laksanakan tugas dengan dikelilingi orang2 yang berdedikasi.  

Dan paling menggembirakan aku juga bila rumah sendiri tunggu masa untuk didiami......macam biasa lawatan sambil belajar ke tapak projek sambil posing2 dalam ruang kosong. Bulan lepas jalan tak buka lg dan semalam jalan utama dah dibuka. Yang best cuma ada kon kat tengah jalan. Nak kata ditutup pun tak buka pun tak. Pandai2 la jaga diri sebab pak guard cuma jaga rumah contoh je. Masa tu ada juga yang ronda2 selain budak2 melepak tepi jalan. Antara yang sempat dirakam...........

airiel berlari kegirangan masuk rumah baru...tak boleh diam

agak2 kapal terbang boleh letak tak

peace mama

letak kat luar sebab tak ada kebenaran lagi

pose sebelum ronda2 keliling puncak alam

dah sedia nak lari lagi la budak ni
Lepas ni apa lagi berita gumbira agaknya.........itu je laporan hari ini..... Harap yang terbaik untuk semua

Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan