Sabtu, Februari 12, 2011

PIBG....Selepas 5 Tahun

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....
Tugasan mingguan bertugas telah tamat....tetapi 12.2.2011 adalah hari penting...bukan sebab Man United vs Man City tetapi Mesyuarat Agong PIBG kali ke-21 telah berlangsung dengan sopan, meriah dan tertib....tiada isu2 besar atau ibu bapa tidak terlalu emosi.....hidangan nasi lemak dan teh susu ok agaknya...
Bermula dengan ucapan dan pembentangan laporan kewangan sehingga lah sesi mencalon berjalan dengan lancar....macam tahu lepas juga dikendali oleh cikgu Mahadi dengan gaya selambanya....memang terbaik la sesi mencalon diselang seli dengan gurau senda yang nampak santai....dan akhirnya terbentuk la AJK PIBG sesi 2011/2012.
Paling utama tugasan aku adalah membantu cikgu Helmi kendalikan bahagian ICT tetapi atas permintaan YB Cik salina yang tidak berapa nak sihat...maka tugas kedua adalah menjadi jurufoto tidak bertauliah...macam biasa ambil gambar apa2 yang berkaitan....walaupun ada tugasan tambahan iaitu mencalonkan Mr Ravi Poonan tetapi bayangnya pun tidak kelihatan..
Nak calon macam mana kalau dia tak ada?
Akhirnya YDP sendiri mencadang dan melantik AJK sebab dia dah selesa dengan AJK sedia ada....dan mesyuarat pun setuju....ada ke tak ada lantikan telah diterima...dan kejutan untuk aku adalah nama tersenarai menjadi AJK..huhuhuhu akur dengan pemilihan dan kepercayaan yang diberikan. Dengan ini sah la aku kembali dalam AJK PIBG setelah 5 tahun menghilang......
Maklumat terkini terbaru yang aku terima.....En Amir Fuad telah bersetuju untuk menbantu kami melatih team hoki sekolah....katanya...
cikgu bagitahu bila latihan dijalankan, insyaallah kalau ada kelapangan saya akan bantu.
Wah ini sudah bagus......dan dia berkata lagi...
Tak payah la berlatih teruk2 tapi budak2 tak kuasai yang asas..
dan lagi.....
cikgu cari kayu 2"x4", letak keliling gelanggang, biarkan budak2 kawal bola, tak pukul bola tinggi.......
Briliant Idea la.....akan diusahakan dengan segera......
Alhamdulillah ada yang berminat untuk membantu...sekurang2nya kami ada asas paling kukuh untuk menang...cayala.....sebab En Amir ada lesen jurulatih kelas 2...woooooooo boleh latih team Sukma Selangor
Tapi bab pergi mesyuarat kejohanan hoki aku bagi pada Cik Pn Harlida sebab aku nak uruskan pendaftaran team olahraga dulu. Daftar online tapi nama peserta tak serah2 lagi. Nanti mengamuk Orang atas....tapi takmengapa buat satu2 ya....

  • dapatkan list nama peserta olahraga untuk didaftarkan
  • buat surat untuk latihan pada hari selasa....cuti beb..tapi kene ada kebenaran khas
  • cari kayu 2x4.....kertas kerja la kan...
Ini semua bab kokurikulum je belum hal kurikulum dengan examnya dan Hem dengan disiplinnya..haru kalau tak plan betul2.....
Dan semalam Penyelia Hem PPDPP maklumkan surat dah ada dalam peti surat di PPD....surat apa ya....paham2 je la.....maka aku senaraikan tugasan aku sekarang...
  • Kurikulum - SU Peperiksaan Dalaman (setup ujian bulanan/jadual/penggubal/analisa)
  • Kurikulum - guru subjek (sediakan soalan tapi tak tahu kelas mana..)
  • Hem - Pen Penyelaras Disiplin (kem kepimpinan dah dekat)
  • Kokurikulum - Ketua penasihat Persatuan Sains&Math(lengkapkan buku biru)
  • Kokurikulum - jurulatih pasukan hoki bersama Harlida (traning ari2)
  • Kokurikulum - jurulatih olahraga bersama Tuan, Ida, Zakwan(lompat tinggi & pecut+relay)
  • Kokurikulum - daftarkan peserta olahraga secara online (sebelum 17hb 2 2011)
  • Lain2 - jaga PA sistem+cd lagu+mikrofon+bateri 9volt(ntah apa2)
  • Lain2 - AJK PIBG (new job selepas 5 tahun)
  • PPD Petang perdana - Jurulatih Utama Hem (SSDM)....ini la yang buat aku pening....

ok la aku dah penat taip...nak rehat tunggu miz mama balik dari Unisel.....
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan