Khamis, Februari 24, 2011

Astro dan GST 6%.....

Best Blogger Tips
Assalamualaikum dan salam sejahtera......
naik lagi..............
Arini tengok dalam peti surat ada berita yang kurang menyenangkan.......sebab bila buka surat tersebut aku agak terkejut....mungkin aku terlupa agaknya. Bukan apa tetapi surat dari Astro yang menyampaikan bil langganan bulanan tercatat "Goventment Service Tax"  aka GST atau dalam bahasa melayunya "Cukai Perkhidmatan Kerajaan". dah mula berkuatkuasa rupanya cukai ni, antara sedar dan tidak. Bila aku yang biasa RM79.90 telah dikenakan GST 6% dengan tambahan bayaran sebanyak RM4.80 menjadi RM84.70. Yang paling sadis, Astro siap cover GST untuk bil sebelum ni...tambah lagi RM4.85 menjadi jumlah keseluruhannya RM89.55 sedangkan dalam bil bulan lepas tiada catatan 6% GST. Biasa la nak untung lebih sebab pelaksanaan GST mulai 1 januari 2011. PM yang umumkan dan kalau tak percaya tengok ni......
dari blog http://jzly.blogspot.com

Nak tak nak kena la sediakan ongkosnya. dengan mood yang tak berapa ok, aku pun sedikan lah bajet untuk bulan ini.....lari oooooooooooooo....bil api bulan lepas pun tiba2 jdi RM45.......biasa RM25 je termasuk untuk bulan ni.......pening lagi dalam ujan lebat ni. Kalau setahun dah kena RM57.60....2 tu baru seorang pengguna....Astro ada lebih 2juta pelanggan...kira la sendiri. Tapi alasan orang bisnes......cukai tu akan balik pada kerajaan juga...dan kerajaan tu orang ramai dan orang ramai adalah kita la.....nak sediakan segala prasarana perlukan duit bukan percuma dan tidak murah.

Bil biasa RM190 menjadi RM220.......Macam2 kenaikan atas alasan untuk memberikan keselesaan dan meningkatkan perkhidmatan. Lambat bayar bil ari2 call tanya bila nak bayar....dah bayar siap tambah lagi dengan cukai ni. Gaji naik setahun sekali tapi cukai kena tiap2 bulan dan ada yang tiap2 ari. Kalau la masuk tandas pun kena cukai macam ni pening juga. Kalau harga air biasa RM1, bila kena GST dah jadi RM1.06 (setelah dibundarkan jadi RM1.05)......5sen biasanya tak kan diambil dengan ayat biasa.....keep the change...'cheap the cane"......Kalau minum tiap ari 3kali.....dah 15sen (30sen la) kalau sebulan.....RM4.50 (RM9)..setahun dah RM54.00 atau RM108.00 sebab pemberian ikhlas RM0.05...."simpan la bakinya"

Apa la aku merepek dalam ujan ni......arini tak ada latihan hoki tapi ada meeting tergempar AJK PIBG...pasal kantin lagi la 2...........Tak selesai lagi isu paling hangat sekarang. Dan pasal kanti juga la aku jadi seronok bawa bekal makan dari rumah.....selain menjimatkan dan mengenyangkan.....masakan air tangan mama tersayang buat aku bersemanngat untuk menghabiskan apa2 lauk yang dibekalkan walau sardin or takda kuah sekali pun....Alhamdulillah dapat isteri yang memahami...........Dan esok juga ada sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah.....dengar cerita nak berarak pusing keliling padang siap dengan sepanduk yang telah dibuat tadi...aku tengok dari jauh jela sebab kelas full...dan agenda aku macam biasa...pakai baju melayu. Tapi masih keliru....nak pakai warna apa ye....ungu ke oren sebab minggu lepas warna itam....macam pegawai istana je. tu jela laporan untuk arini...nak rehat kejap
Jazakumullahukhairun Khathira...
Wabillahitaufiqwalhidayah wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Aku Yang Kembali Rajin Semula.....Nukilan jari jemari halus,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan